Anak muda di kampung kami dapat mempelajari mengenai alam semula jadi yang berkaitan dengan kawasan pokok bakau dan laut. Ini adalah pantai berbatu tetapi buatan manusia yang berada di bawah jambatan 2nd Link ke Singapura. Di sini mereka dapat mempelajari banyak spesies haiwan yang hidup di pantai berbatu. Jika anda ingin juga mengetahui haiwan apa yang ada di tempat ini, kami menyediakan lawatan ke Paya Bakau untuk mempelajari mengenai Pantai Berbatu.
Our youth learn about nature in the mangrove forests and sea. This is an artificial rocky shore under the 2nd Link bridge to Singapore. But it was built more than a decade ago and now has many amazing animals hidden in its cracks. If you'd like to find out more about the animals here, join us for our Mangrove Tour! Watch the video: https://www.facebook.com/kelab.alami/videos/1217128625419546?locale=ms_MY Hari ni kami ingin berkongsi tentang pokok yang ada di sekitar Kelab Alami Nature and Heritage Centre (KANHC) iaitu pokok kopi. Aktiviti penanaman pokok kopi merupakan salah satu aktiviti pertanian dikawasan kampung kami suatu ketika dahulu. Kini, terdapat banyak pokok kopi liar yang tumbuh di hutan sekitar KANHC kerana pokok ini tumbuh daripada biji yang terhasil dari buah kopi tersebut. Today we would like to share about one of the more common trees around KANHC, the coffee tree. In the past, coffee tree planting was one of the agricultural activities in our village. Now people no longer grow coffee. But we have many wild coffee trees around KANHC. These trees have grown from coffee bean seeds left lying around. Hantu Cina, adalah sejenis mayat dibangkitkan semula dalam lagenda dan cerita rakyat Cina. Ia baring dalam sebuah keranda atau menyorok dalam tempat-tempat gelap seperti gua. Pada waktu malam, ia bergerak dengan melompat, dengan lengan-lengannya lurus ke hadapan. Jika anda pernah diganggu atau ternampak sila kongsi kan cerita anda di ruang komen.
Chinese ghosts, are a kind of resurrected corpse in Chinese legends and folklore. It lies in a coffin or hides in dark places like a cave. At night, he moves by jumping, with his arms straight forward. If you have ever been harassed or seen please share your story in the comment space. TAHUKAH ANDA ?
Rumput laut bagi spesis ini adalah terpanjang dari yang lain. Rumput laut ini diberi nama saintifik iaitu Enhalus acoroides. Spesis ini mempunyai buah dan bunga. Rumput laut ini juga adalah tempat kegemaran kuda laut bermain. DID YOU KNOW ? This type of seagrass species is longer than other seagrass. The scientific name of this species is Enhalus acoroides. All seagrass species have fruit and flower. This seagrass is also a favourite hiding place for seahorses. We have 4 species in our waters!!! Hantu pocong atau juga dikenali sebagai hantu bungkus merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan. Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu Cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka. Jika anda pernah diganggu atau ternampak sila kongsi kan cerita anda di ruang komen.
Pocong ghosts or or wrapped ghosts refer to a kind of creature shaped like a corpse wrapped in a shroud. Wrapped ghosts are often said to tease the faint hearted, and will move by hopping around like Chinese ghosts, or rolling on the ground. It is said to be able to move as fast as a car, moving in line with the car driven by the victim of their harassment. If you have ever been harassed or seen a pocong please share your story in the comments. Tahukah anda rumput laut “Halophila Ovalis” merupakan makanan kegemaran Dugong? Halophila Ovalis merupakan salah satu jenis rumput laut yang licin dan lembut. Oleh itu, Dugong suka akan makan rumput laut ini kerana memudahkan ia untuk mencernakan dalam mulut. Dugong ini makan seperti vaccum dan meninggalkan bekas makannya. Did you know that “Halophila ovalis” is the dugong's favourite seagrass? Halophila ovalis is a seagrass species that is smooth and soft. Dugongs like this species because it is easy to eat and digest. Dugongs eat like vacuums and leave bare feeding trails from where they have chomped on seagrass. Hari ni kami ingin berkongsi tentang tumbuhan yang hidup dikawasan Kelab Alami Nature and Heritage Centre iaitu pokok Periuk Kera atau nama sainsnya Nepenthes spp. Pokok Periuk Kera adalah tumbuhan karnivor yang hidup merata di sekitar Malaysia. Pokok ini mempunyai "periuk" yang digunakan untuk memerangkap serangga. Pokok ini mempunyai banyak spesies dan setiap spesies berbeza dari segi bentuk dan warna.
Here's a plant that can be found at the KANHC: the pitcher plant or Nepenthes spp. The pitcher plant is a wild carnivore that lives in many Malaysian forests or wild green patches. The plant is called a pitcher plant due to its pot-like shape that it uses to trap insects. There are many species of pitcher plants and every one is a different colour and shape. Nelayan dikawasan kami adalah nelayan pantai. Mereka akan turun kelaut menangkap ikan dengan cara turun subuh dan pukul 9 pagi sudah pulang. Masa mereka dilaut paling lamapun 7-8jam sahaja dilaut sama seperti orang bekerja di darat juga tetapi risiko mereka lagi tinggi kerana perlu berlawan dengan ribut, angin, dan juga ombak yang besar. Mereka mempunya satu kemahiran yang orang lain tiada iaitu kemahiran untuk membaca cuaca hanya dengan melihat langit dan angin yang datang. Kemahiran ini dapat dari pada pengalaman yang mereka lalui.
#PasarPendekarLaut Kami ingin menceritakan tentang Ulam raja atau intan berayun nama saintifiknya ialah cosmos caudatus.
Khasiat Ulam Raja: 1. Melancarkan peredaran darah, mencuci darah dan menguatkan tulang 2.Membantu menambahkan oksigen dalam darah 3.Dapat merawat penyakit kulit atau alahan kulit 4.Dapat menurunkan penyakit kencing manis ____ KING OF SALADS Here's the story of ULAM RAJA (Intan Berayun) or scientific name Cosmos caudatus. And it tastes a bit like mango! Benefits of Ulam Raja: 1. Helps with blood flow, cleans the blood in the body and makes our bones strong 2.Helps increase oxygen in the blood 3.Improves skin health 4.Decreases diabetes We gather traditional medicinal knowledge from our elders as part of our cultural heritage and Taste of Tanjung Kupang research. We sometimes offer ulam raja at our Warung Citarasa Tanjung Kupang food stall - come by to try it for yourself! Kembali lagi ke kisah makhluk mitos. Hari ini mengisahkan tentang Hantu air. Hantu air (juga termasuk Hantu laut) merupakan sejenis makhluk halus digelar mambang atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk ini dianggap agak keras dan mampu membahayakan mereka yang bertembung dengannya.
Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung seperti batang kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh dengannya. Selain itu, ia dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang berada di pinggir air. Dipercayai bahawa hantu air berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang dibuang, dihanyutkan melalui sungai. Air laut yang berkilauan dikatakan menunjukkan kehadirannya. Jika anda tahu kisah makhluk ini ataupun pernah bertembung dengan mereka, sila ceritakan diruang komen. Hello! Welcome back again to our story about spirits and myths. Today's story is about Water Ghosts (Hantu Air). This type of ghost (“Mambang” and “Jin”) is believed to live in our oceans and seas. Many believe that misfortune will befall upon you if you meet one thsese spirits. Normally, they appear in the form if driftwood, but can make paralyze you if you touch it. Some believe that you can be disturbed by it even if you are on the beach. It is said that these were once bred spirits for evil, that were exorcised and thrown into a river or at sea. If the water sparkles, it means the spirit may be coming for you! If you've heard of similar tales, do share your story in the comments. Hantu pelesit dikatakan suka menggunakan belalang sebagai medium penyamarannya. Pelesit ini kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka. Penggunaan belalang adalah kerana ia binatang yang tidak ditakuti orang dan membuat mangsa tidak mengambil langkah berjaga-jaga bagi tujuan menghantar racun kepada mangsa.
This is not actually the usual kind of ghost, but more like an evil spirit in the form of a grasshopper. Actually a katydid insect, it is known as PELESIT and is believed to have been charmed to attack and suck its victim's blood. The katydid is the imposter of choice because victims would not think of it as evil... but those in the know are wary! Hai semua! Hari ni merupakan Hari Mempertahankan Laut ( Ocean Defenders Youth Day ). Di sini kami ingin berkongsikan bahawa pokok bakau merupakan habitat yang sangat penting di tepi laut. Hal ini kerana pokok bakau dapat melindungi ombak besar yang datang dari laut. Pokok bakau ini diberi nama jenis akar jangkang ( Rhizophora sp.). Oleh itu, Kita semua perlu menjaga ekosistem laut kita melalui dokumentari, pendidikan, dan perkara yang faedah. Kini, kita mesti peka terhadap kehidupan dan habitat yang ada di kawasan laut.
Hello guys ! Today is Ocean Defenders Youth Day. We want to share about one type of mangrove tree can protect the shore from big waves. This is the Rhizophora sp. tree which has big stilt roots to make it stable in the soft substrate. We must always make sure our marine ecosystems are clean and protect them through documentation, education, and meaningful action. We must focus on wildlife and ocean habitats. Pada zaman dahulu, mempunyai 1 permainan yang diminati oleh masyarakat kampung sehinggakan membuat pertandingan dikalangan penduduk setempat. Permainan itu adalah JONG. Permainan ini amat digilai oleh penduduk tempatan pada masa itu dan kini sudah menjadi cerita bualan sahaja. Sememangnya sayang kehilangan budaya tradisi permainan lama ini. Kerana permainan ini perlu dimainkan dengan kemahiran yang tinggi dengan cara bagaimana untuk membaca pergerakan angin pada masa itu. Mitos Melayu: Orang duduk di atas bantal
Orang Melayu begitu hormat akan sesuatu yang melibatkan anggota kepala seperti tidak boleh melangkah kepala, jangan duduk beralaskan bantal yang digunakan untuk kepala dan jangan mengetuk kepala menggunakan tangan. Pantang larang jangan duduk di atas bantal kerana nanti akan terkena bisul ini adalah untuk menghormati anggota kepala dan tiada kaitan langsung dengan bisul. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, bisul sering terjadi disebabkan bakteria pada rambut folikel di sekeliling kulit yang pada mulanya muncul sebagai jerawat dan mereka yang berisiko mendapat bisul adalah kerana kurang menjaga kebersihan diri. ===== Malay Myth: Cushion Spirits The head is a highly respected part of the anatomy in Malay culture. By tradition, you are not to sit on a pillow that is used for the head, nor knock someone on the head with your hand. It is believed that if you sit on someone's headpillow, the person will get boils. Actually, according to the Malaysian Ministry of Health, boils often occur due to bacteria around hair follicles that initially appear as acne and those who are at risk of getting boils is due to lack of personal hygiene. Ini adalah lukisan mengenai benda mistik (hantu). Lukisan ini bertujuan untuk menceritakan asal usul mahluk mistik. Anda ingin mengetahui ceritanya? Nantikan di blog kami yang selanjutnya.
|
AuthorPenned by Kelab Alami Staff & Advisors Archives
March 2024
Categories
All
|