Selamat malam semua, ini adalah gambaran ilustrasi salah satu makhluk mistis (hantu) yang kami ingin ceritakan, iaitu penanggal. Penanggal ini dikatakan adalah sebuah makhluk yang bertuan ataupun dibela oleh seseorang wanita dengan bertujuan untuk melindungi diri ataupun memudarat musuh, penanggal ini selalu mencari mangsa wanita yang sedang melahirkan anak kerana penanggal suka menghisap darah wanita yang baru melahirkan anak. Penanggal ini agak takut dengan pohon yang berduri dan tajam kerana ia tidak mahu isi perutnya tersangkut di pohon yang berduri itu. Jika anda semua tahu tentang mahluk mistis ini silalah komen di bawah jika ada apa-apa tambahan cerita tentang mahluk mistis ini.
Hari ni kami ingin mengkongsikan pemandangan sekeliling di kawasan Kelab Alami Nature And Heritage Centre (Kelab Alami baru). Pemandangan sekeliling yang amat tenang dan menarik yang dipenuhi dengan pokok-pokok hutan.
Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada IRDA, LPJ dan PTP kerana telah banyak membantu kami untuk menjayakan Kelab Alami Nature & Heritage Centre ini. Tidak lupa juga kepada yang berkaitan membantu kami seperti sumbangan tenaga dan idea untuk menjayakan Kelab Alami Nature & Heritage Centre ini. Pada malam ini kami ingin menceritakan sedikit cerita kampung yang kami dapat daripada penduduk kampung sekitar Mukim Tg Kupang. Dahulu ada seorang penduduk disini yang mempunyai keistimewaan untuk berkomunikasi bersama buaya di Sg Pendas. Dia sangat baik dengan buaya di Sg Pendas. Dikatakan jika ia menaiki bot akan ada buaya yang akan mengekorinya dari belakang. Buaya itu dikatakan menjaga penduduk kampung dari ancaman haiwan lain di Sg Pendas. Di Sg Pendas terdapat beberapa buaya yang tinggal di sana dan ada juga nelayan yang pernah menjumpai buaya di Sg Pendas. Cerita ini menjadi lagenda di Mukim Tg Kupang kerana keistimewaan yang diperolehi penduduk kampung disini.
Kami amat berbesar hati untuk berkongsi cerita - cerita kampung kepada anda semua. Cerita sejarah kampung akan disiarkan setiap malam khamis. Hari ini cerita menarik tentang ketam salip ada disiarkan di akhbar “The Iskandarian”. Ketam ini telah menarik perhatian banyak pihak kerana sejarahnya yang tersendiri. Ketam ini merupakan ketam tempatan yang ada di laut kita.
Ini merupakan kebun-kebun komuniti kami dengan kerjasama MBIP dan UTM. Kebun ini menggunakan teknik penanaman Kultur Hugel. Teknik ini mempunyai 9 lapisan iaitu:
1. Dahan kayu 2. Ranting kayu 3. Daun kering 4. Daun hijau 5. Sisa makanan 6. Daun hijau 7. Daun kering 8. Kertas keras 9. Tanah organik Teknik ini bagus digunakan kerana setiap lapisan memainkan peranan sebagai pengikat air supaya pokok sentiasa mendapat air yang cukup. Selain itu, lapisan tersebut juga mampu membekalkan sumber nutrien kepada pokok yang ditanam. |
AuthorPenned by Kelab Alami Staff & Advisors Archives
March 2024
Categories
All
|