Hai semua ! Hari ni kami ada buka booth di Sunway Big Box pada setiap hujung minggu iaitu hari Jumaat hingga Ahad dan bermula pada pukul 11 pagi hingga 7 malam. Mari semua singgah di booth kami boleh melihat pelbagai pakej tour yang kami sediakan seperti seagrass walk , mangrove walk , island walk dan banyak lagi. Selain itu juga kami juga menjual pelbagai jenis makanan sempena bulan ini seperti Biskut Raya , Kek Marble , Serunding dan lain-lain. Anda juga dapat berpeluang untuk mempelajari tentang flora dan fauna di booth kami dan melihat haiwan di rumput laut dan bakau.
Pada 17hb April 2021, Kelab Alami Nature and Heritage Centre telah menerima kunjungan hormat daripada Yg Berhormat Dato’ Haji Haffiz (Dato Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri) dalam Majlis Agihan Bubur Lambuk & Barangan Makanan. Majlis juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sunway City Iskandar Puteri dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS) atas kerjasama bagi menyempurnakan majlis ini. Terima kasih juga kepada tetamu yang hadir bagi menerima bantuan. Bubur lambuk ini telah dimasak oleh En Rosley (MRCS) dengan dibantu oleh team MRCS yang lain dan Kelab Alami. Pada hari 17hb April 2021, kesemua penduduk Mukim Tg Kupang dijemput datang mula pada jam 4.00 petang ke dua kawasan untuk Program Agihan Bubur Lambuk gabungan kerjasama Kelab Alami dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Sunway City Iskandar Puteri. Agihan ini akan dilakukan di dua kawasan, iaitu: 1. Kawasan lapang letak kenderaan di Pendas 2. Tapak Kelab Alami Nature and Heritage Centre (lorong bertentangan dengan Masjid Jamek Kg Ladang). Kami akan menanti kehadiran anda semua. Ribuan terima kasih diucapakan kepada pengurusan Kolej Tun Razak kerana menjemput Kelab Alami untuk memberi taklimat tentang “Perjalanan Kelab Alami” dan perkongsian tentang kepentingan Kelestarian Persekitaran. Semoga para pelajar sedikit sebanyak dapat manfaat berdasarkan perkongsian yang telah diberi. Terima kasih.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi aktiviti untuk pelajar sekolah & pembelajaran alam sekitar boleh hubungi Utik (014-2770757) atau Kimi (014-2580081). https://fb.watch/6Z3jiWhyJG/ |
AuthorPenned by Kelab Alami Staff & Advisors Archives
March 2024
Categories
All
|