Kelab Alami Mukim Tanjung Kupang, Johor
  • Home
  • Pasar
    • Heritage
  • Edu-Tourism
  • Tours
    • * Tour Dates
    • * Membership
    • * F.A.Q.
    • * Services
    • * Reviews
  • Env. Education
  • Research
    • > Scientific Advisors
    • > Collaborations
    • > Current Research
    • > Publications >
      • Download
  • Citizen Science Centre

The Hornbill Awards - FINALS (in conjunction with Climate Week New York)

21/9/2021

 
Kelab Alami telah terpilih dalam pencalonan peringkat akhir bagi Hornbill Awards! Kami akan membentangkan projek kami semasa Climate Week New York (Minggu Iklim New York) pada hari Ahad (26/9/2021) jam 5 petang waktu tempatan. Jika anda berkelapangan, ayuhlah sama-sama hadir bagi menyokong kami di acara tersebut! Jutaan terima kasih diucapkan kepada anda semua...
Sila tekan link sini bagi RSVP
--------------------------------
Kelab Alami has been shortlisted as a finalist for the Hornbill Awards! We'll have to present our project at Climate Week New York on Sunday 26th Sept 2021 at 5pm (SG/KL time). Seems there is a small public voting component to this - so if you have time, do tune in and support us at the event! Thanks millions...
Click here to RSVP
Picture

Hornbill Award 2021 (Final)

19/9/2021

 
Kelab Alami is one of the 6 NGO finalists of the Hornbill Award 2021. Below is the video presentation by Kelab Alami and UMT interns. Join us at event on Sunday 26th September and cast your audience vote to support your favourite project. Register your attendance, by clicking this link to RSVP.
--------------------
Kelab Alami adalah salah satu daripada 6 finalis NGO Anugerah Hornbill 2021. Berikut adalah persembahan video oleh ahli Kelab Alami dan pelatih UMT. Sertailah kami di acara pada hari Ahad 26 September dan berikan suara penonton anda untuk menyokong projek kegemaran anda. Daftarkan kehadiran anda, dengan mengklik pautan ini ke RSVP.

Terima Kasih / Thank You

29/8/2021

 
Kami sangat membesar hati ingin mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Kebajikan Suria & Bulan Sabit Merah Malaysia kerana telah menyumbangkan bantuan kepada penduduk kampung dan juga nelayan di kawasan kami. Kami berharap dengan bantuan yang telah diberi dapat meringankan beban mereka untuk menyara kehidupan di rumah. Doakan kami semua agar sentiasa dalam keadaan sihat dan selamat’)
=====
We want to say thank you to “Yayasan Kebajikan Suria” & “Malaysian Red Crescent” because donate food and aid goods to villager and also fishermen. We hope with this donation can relieve their load for daily day at home. Pray for us to always safe and healthy.

Kelab Alami's third legacy

25/5/2021

 
Hi semua
Mereka merupakan legasi ketiga Kelab Alami. Sebelum wabak COVID-19 melanda, banyak aktiviti yang kami telah meluangkan masa bersama mereka mengenai alam semulajadi dan cara untuk mereka berani berkomunikasi dengan orang lain. Kami berharap dapat berjumpa dan meluangkan masa bersama-sama untuk belajar perkara yang lebih menarik dan baru. 
​

Kelab Alami di Sunway Big Box

23/4/2021

 
Hai semua ! Hari ni kami ada buka booth di Sunway Big Box pada setiap hujung minggu iaitu hari Jumaat hingga Ahad dan bermula pada pukul 11 pagi hingga 7 malam. Mari semua singgah di booth kami boleh melihat pelbagai pakej tour yang kami sediakan seperti seagrass walk , mangrove walk , island walk dan banyak lagi. Selain itu juga kami juga menjual pelbagai jenis makanan sempena bulan ini seperti Biskut Raya , Kek Marble , Serunding dan lain-lain. Anda juga dapat berpeluang untuk mempelajari tentang flora dan fauna di booth kami dan melihat haiwan di rumput laut dan bakau. ​

“Perjalanan Kelab Alami” di Kolej Tun Razak

3/4/2021

 
Ribuan terima kasih diucapakan kepada pengurusan Kolej Tun Razak kerana menjemput Kelab Alami untuk memberi taklimat tentang “Perjalanan Kelab Alami” dan perkongsian tentang kepentingan Kelestarian Persekitaran. Semoga para pelajar sedikit sebanyak dapat manfaat berdasarkan perkongsian yang telah diberi. Terima kasih.
​
Untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi aktiviti untuk pelajar sekolah & pembelajaran alam sekitar boleh hubungi Utik (014-2770757) atau Kimi (014-2580081).
​
https://fb.watch/6Z3jiWhyJG/


Wellness Festival

28/3/2021

 
Pada hari ini kami menyertai sesi pameran di Puteri Harbour sempena Wellness Festival. Pelbagai species haiwan yang dipamerkan. Jika ada masa terluang, jom pakat2 mai Puteri Harbour. Festival ini diadakan sehingga jam 4 petang.
Moh ler kita mari sini.

Iskandar Puteri Youth Rangers

21/3/2021

 
Marlborough College Malaysia youths (15 year-olds) began their training as Iskandar Puteri Youth Rangers. This is an 8-week long programme that will train them to be citizen scientists and teach them about the coastal ecosystems of Iskandar Puteri.

Kelab Alami distributes food aid donated by MRCS

17/3/2021

 
16th March 2021 - The Malaysian Red Crescent Johor Branch dropped by Kelab Alami in Kampung Ladang today with food aid for the fishermen, Asnaf & B40 community. MRC donated 30 grocery boxes, 10kg rice and cooking oil.

March 13th, 2021

13/3/2021

 
Picture
Photo: Malaysian Youth Delegation #MYD

Life Below Water - Conservation Efforts in Malaysia

9/2/2021

 
Picture

Nur Syazwani

19/1/2020

 
Picture

Sejarah Ahli Kelab Alami
Oleh Mohd Irfan


Hari ini adalah cerita mengenai seorang wanita berbadan kecil dan berpemikiran luar biasa. Nama si dia adalah Nur Syazwani binti Ali atau digelar Wani. Wani berusia 21 tahun dan beliau sudah bersama Kelab Alami sejak berumur 11 tahun. Wani walaupun berbadan kecil tetapi pemikiran didalam bidang Sains amat tinggi. Kami amat berbangga kerana mempunyai salah seorang ahli yang Pandai di dalam pelajaran. Sekarang Wani sudah melanjutkan pembelajarannya di Universiti Malaysia Terengganu(UMT) dalam bidang Sains Biologi. Setiap kali cuti semester Wani akan bersama ahli Kelab Alami untuk berkongsi ilmu yang diperoleh bersama Kami. Kami amat berterima kasih kepada beliau yang banyak mengajar kami Ahli Kelab Alami. Semoga ilmu yang diperoleh oleh Syazwani dapat membantu Kelab Alami lebih maju kedepan dalam ilmu “sains.”

masak lemak sayur keladi,
ikan masin makan sekali,
kalian mahu siapa lagi?
follow Facebook Kelab Alami.

Haikal

12/1/2020

 
Picture
Sejarah Ahli Kelab Alami
Oleh Mohd Irfan

Ini adalah Mohammad Haikal bin Zamani atau digelar sebagai Jawe. Jawe ini sudah bersama Kelab Alami selama 9 tahun. Jawe join Kelab Alami sewaktu usia 12 tahun. Jawe mempunyai bakat melukis. Segala lukisan dari Kelab Alami hampir ke semuanya berasal dari Jawe sendiri. Selain itu, Jawe juga adalah seorang yang pakar dalam membuat penyuntingan poster, bunting dan berdekatan dengan itu.

Dia adalah seorang yang kuat ngakal (mengusik) ahli Kelab Alami yang lain. Seperti membahan (mengejek) kepada Ahli yang lain. Jawe juga adalah salah seorang guide Kelab Alami dan mahir dalam membawa pelancong. Terima kasih Mohd Haikal Zamani sudah berkhidmat dengan kami dan juga telah menjadi full time staff Kelab Alami.



Hakimi

5/1/2020

 
Picture
Sejarah Ahli Kelab Alami
Oleh Mohd Irfan


Anda pasti kenal dengan jejaka ini. Tidak asing lagi jika di Kelab Alami. Ini adalah Hakimi bin Bakri atau lebih dikenali Kimi. Kimi memasuki Kelab pada umur 9 tahun dan sudah hampir 9 tahun bersama Kelab Alami.

Kimi tidak dapat menamatkan pembelajar tetapi Kimi adalah seorang yang bijak. Walaupun Kimi tidak dapat menamatkan pembelajaran tetapi Kimi sudah menguruskan banyak aktiviti yang bersama budak-budak yang datang Kelab Alami. Kimi punya kekuatan di Kelab Alami adalah menguruskan kem. Segala aktiviti kem yang ada Kimi akan uruskan dan ahli Kelab Alami yang lain akan menunggu arahan dari dia (macam boss besar juga 😂).


Kimi juga adalah pemegang lesen (Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Setempat) yang sah dan juga sewabtu didalam kurus mengambil lesen tersebut Kimi dinobatkan sebagai peserta terbaik masa itu. Taniah Kimi walaupun masih muda tetapi sudah menunjukkan prestasi yang cemerlang bukan disekolah tetapi untuk khidmat mengajar orang mengenai Alam Semulajadi. Semoga Hakimi Bakri dapat membantu Kelab Alami lebih kedepan lagi demi masa akan datang.

Nur Afiqah

29/12/2019

 
Picture
Sejarah Ahli Kelab Alami
Oleh Mohd Irfan

Mari kita cuba mengenali sicantik manis ini. Nama diberi Nur Afiqah Binti So’ot dan nama panggilan Utik. Dia memasuki Kelab Alami pada 2011 dan sudah 9 tahun bersama Kelab Alami. Pada awalnya Utik ni seorang yang pemalu. Pergi mana sahaja pasti akan duduk belakang kakak dia. Tetapi sekarang sudah kurang sifat pemalu dan menjadi seorang yang berani dalam bercakap dan memberi pendapat. Utik juga sudah menjadi ketua untuk budak-budak Kelab Alami yang lain untuk memberi arahan yang disampaikan oleh ketua Kelab Alami.

Walaupun bekerja separuh masa di Kelab Alami utik juga melanjutkan pembelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan mengambil course ijazah sarjana muda Ekonomi (kewangan). Utik juga mengambil bahagian didalam Askar (Pelapis). Semoga ilmu yang diperoleh boleh membantu Kelab Alami dalam mengurus keuwangan dengan baik dan boleh membatu Kelab Alami maju kedepan.


Kelab Alami Member’s Background
Translated by Li Ann

Let's get to know Nur Afiqah bt So'ot. We call her Utik. She joined Kelab Alami in 2011 and has been with us for 9 years. In the beginning Utik was very shy and always hid behind her sister. But today she has no fear in speaking or suggesting ideas. She is a Kelab Alami leader and gives instructions to the rest of the crew on behalf of our bosses.
Although she works part-time with Kelab Alami, she is also an undergrad at Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) where she studies economics (accountancy). Utik is also an army cadet (PELAPES). We hope that all of her knowledge and experiences gained will help with Kelab Alami's financial management and our collective future.


<<Previous

    Author

    Penned by Kelab Alami Staff & Advisors

    Archives

    September 2021
    August 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2020
    December 2019
    August 2019
    January 2019
    June 2018
    November 2017
    June 2011

    Categories

    All
    Awards
    Conferences
    Food Aid
    Iskandar Malaysia
    Seagrass
    Sejarah
    Then & Now

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • Home
  • Pasar
    • Heritage
  • Edu-Tourism
  • Tours
    • * Tour Dates
    • * Membership
    • * F.A.Q.
    • * Services
    • * Reviews
  • Env. Education
  • Research
    • > Scientific Advisors
    • > Collaborations
    • > Current Research
    • > Publications >
      • Download
  • Citizen Science Centre