Selamat malam semua, ini adalah gambaran ilustrasi salah satu makhluk mistis (hantu) yang kami ingin ceritakan, iaitu penanggal. Penanggal ini dikatakan adalah sebuah makhluk yang bertuan ataupun dibela oleh seseorang wanita dengan bertujuan untuk melindungi diri ataupun memudarat musuh, penanggal ini selalu mencari mangsa wanita yang sedang melahirkan anak kerana penanggal suka menghisap darah wanita yang baru melahirkan anak. Penanggal ini agak takut dengan pohon yang berduri dan tajam kerana ia tidak mahu isi perutnya tersangkut di pohon yang berduri itu. Jika anda semua tahu tentang mahluk mistis ini silalah komen di bawah jika ada apa-apa tambahan cerita tentang mahluk mistis ini.
Hari ni kami ingin mengkongsikan pemandangan sekeliling di kawasan Kelab Alami Nature And Heritage Centre (Kelab Alami baru). Pemandangan sekeliling yang amat tenang dan menarik yang dipenuhi dengan pokok-pokok hutan.
Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada IRDA, LPJ dan PTP kerana telah banyak membantu kami untuk menjayakan Kelab Alami Nature & Heritage Centre ini. Tidak lupa juga kepada yang berkaitan membantu kami seperti sumbangan tenaga dan idea untuk menjayakan Kelab Alami Nature & Heritage Centre ini. Pada malam ini kami ingin menceritakan sedikit cerita kampung yang kami dapat daripada penduduk kampung sekitar Mukim Tg Kupang. Dahulu ada seorang penduduk disini yang mempunyai keistimewaan untuk berkomunikasi bersama buaya di Sg Pendas. Dia sangat baik dengan buaya di Sg Pendas. Dikatakan jika ia menaiki bot akan ada buaya yang akan mengekorinya dari belakang. Buaya itu dikatakan menjaga penduduk kampung dari ancaman haiwan lain di Sg Pendas. Di Sg Pendas terdapat beberapa buaya yang tinggal di sana dan ada juga nelayan yang pernah menjumpai buaya di Sg Pendas. Cerita ini menjadi lagenda di Mukim Tg Kupang kerana keistimewaan yang diperolehi penduduk kampung disini.
Kami amat berbesar hati untuk berkongsi cerita - cerita kampung kepada anda semua. Cerita sejarah kampung akan disiarkan setiap malam khamis. Hari ini cerita menarik tentang ketam salip ada disiarkan di akhbar “The Iskandarian”. Ketam ini telah menarik perhatian banyak pihak kerana sejarahnya yang tersendiri. Ketam ini merupakan ketam tempatan yang ada di laut kita.
Ini merupakan kebun-kebun komuniti kami dengan kerjasama MBIP dan UTM. Kebun ini menggunakan teknik penanaman Kultur Hugel. Teknik ini mempunyai 9 lapisan iaitu:
1. Dahan kayu 2. Ranting kayu 3. Daun kering 4. Daun hijau 5. Sisa makanan 6. Daun hijau 7. Daun kering 8. Kertas keras 9. Tanah organik Teknik ini bagus digunakan kerana setiap lapisan memainkan peranan sebagai pengikat air supaya pokok sentiasa mendapat air yang cukup. Selain itu, lapisan tersebut juga mampu membekalkan sumber nutrien kepada pokok yang ditanam. Pada hari ini kami ingin berkongsi tentang kajian kuda laut yang kami lakukan. Kuda laut juga digar sebagai ondok-ondok. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan sondong. Sondong merupakan kaedah tradisional yang digunakan untuk mendapatkan kuda laut. Setelah mengisi data yang diperlukan, kuda laut akan dilepaskan kembali.
Dahulu ada sebatang pokok kelapa di Tanjung Kupang di kawasan kapal terbang terhempas. Terdapat sebatang pokok kelapa yang aneh dan menarik perhatian penduduk kampung setempat. Pokok kelapa ini aneh kerana buahnya yang berbentuk pisang. Berita ini tersebar sehingga ramai penduduk kampung yang pergi ke pokok tersebut dan melihat sendiri buahnya yang aneh.
Segmen sejarah ini merupakan kajian yang dijalankan oleh Kelab Alami yang diketuai oleh Hakimi. Pelbagai cerita menarik yang bakal dikongsikan lagi. Hakimi juga masih dalam proses untuk menyiapkan buku tentang sejarah yang ada di Mukim Tg Kupang. Hi semua
Mereka merupakan legasi ketiga Kelab Alami. Sebelum wabak COVID-19 melanda, banyak aktiviti yang kami telah meluangkan masa bersama mereka mengenai alam semulajadi dan cara untuk mereka berani berkomunikasi dengan orang lain. Kami berharap dapat berjumpa dan meluangkan masa bersama-sama untuk belajar perkara yang lebih menarik dan baru. Haikal kini menguruskan Warung Citarasa Kelab Alami di Jeti Pak Ngah, Pendas. Di sini kami menyediakan pelbagai jenis masakan kampung & makanan laut segar dari Pasar Pendekar Laut. Antara masakan yang paling digemari oleh pengunjung adalah Asam Pedas. Warung citarasa juga boleh masak untuk pengunjung yang ingin makan makanan laut selepas mereka beli di Pasar Pendekar Laut seperti Ketam Masak Sambal Telur. Pasar Pendekar Laut ini dibuka secara langsung pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari juga Warung Citarasa dalam masa yang sama.
Video: https://www.facebook.com/kelab.alami/videos/4548683181826852?locale=ms_MY (Video direkod sebelum wabak Covid-19) Hai semua ! Hari ni kami ada buka booth di Sunway Big Box pada setiap hujung minggu iaitu hari Jumaat hingga Ahad dan bermula pada pukul 11 pagi hingga 7 malam. Mari semua singgah di booth kami boleh melihat pelbagai pakej tour yang kami sediakan seperti seagrass walk , mangrove walk , island walk dan banyak lagi. Selain itu juga kami juga menjual pelbagai jenis makanan sempena bulan ini seperti Biskut Raya , Kek Marble , Serunding dan lain-lain. Anda juga dapat berpeluang untuk mempelajari tentang flora dan fauna di booth kami dan melihat haiwan di rumput laut dan bakau.
Pada 17hb April 2021, Kelab Alami Nature and Heritage Centre telah menerima kunjungan hormat daripada Yg Berhormat Dato’ Haji Haffiz (Dato Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri) dalam Majlis Agihan Bubur Lambuk & Barangan Makanan. Majlis juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sunway City Iskandar Puteri dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS) atas kerjasama bagi menyempurnakan majlis ini. Terima kasih juga kepada tetamu yang hadir bagi menerima bantuan. Bubur lambuk ini telah dimasak oleh En Rosley (MRCS) dengan dibantu oleh team MRCS yang lain dan Kelab Alami. Pada hari 17hb April 2021, kesemua penduduk Mukim Tg Kupang dijemput datang mula pada jam 4.00 petang ke dua kawasan untuk Program Agihan Bubur Lambuk gabungan kerjasama Kelab Alami dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Sunway City Iskandar Puteri. Agihan ini akan dilakukan di dua kawasan, iaitu: 1. Kawasan lapang letak kenderaan di Pendas 2. Tapak Kelab Alami Nature and Heritage Centre (lorong bertentangan dengan Masjid Jamek Kg Ladang). Kami akan menanti kehadiran anda semua. Ribuan terima kasih diucapakan kepada pengurusan Kolej Tun Razak kerana menjemput Kelab Alami untuk memberi taklimat tentang “Perjalanan Kelab Alami” dan perkongsian tentang kepentingan Kelestarian Persekitaran. Semoga para pelajar sedikit sebanyak dapat manfaat berdasarkan perkongsian yang telah diberi. Terima kasih.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi aktiviti untuk pelajar sekolah & pembelajaran alam sekitar boleh hubungi Utik (014-2770757) atau Kimi (014-2580081). https://fb.watch/6Z3jiWhyJG/ Pada hari ini kami menyertai sesi pameran di Puteri Harbour sempena Wellness Festival. Pelbagai species haiwan yang dipamerkan. Jika ada masa terluang, jom pakat2 mai Puteri Harbour. Festival ini diadakan sehingga jam 4 petang.
Moh ler kita mari sini.
Marlborough College Malaysia youths (15 year-olds) began their training as Iskandar Puteri Youth Rangers. This is an 8-week long programme that will train them to be citizen scientists and teach them about the coastal ecosystems of Iskandar Puteri.
|
AuthorPenned by Kelab Alami Staff & Advisors Archives
March 2024
Categories
All
|