• Home
  • About KA
    • People
    • Our Goals
    • KA in the Media
  • Community
    • Mandarin Class
    • Gerai Remaja
    • Football Club
    • Moto Ikan
  • Things to Do
    • COOK
    • WALK >
      • Seagrass Meadow
      • Mangrove Forest
      • Merambong Island
      • Book a Walk
    • RESEARCH
  • Download
  • Contact & Location
  Kelab Alami Mukim Tanjung Kupang, Johor
Field Notes by Kelab Alami Youth Rangers
Panduan Lapangan Belia Kelab Alami
Visit to the seagrass meadows
By Sofi and Arif


As a member of Kelab Alami, we are delighted to have the opportunity to take visitors to Beting Tanjung Kupang (Tanjung Kupang Seagrass Meadow) because this area is very unique and rare. It has a seagrass ecosystem and different types of animals and plants can be found. We have two seagrass meadows: one is located at Tanjung Kupang (the scientists call this Merambong Shoals, but Beting Tg Kupang is the local name) and the other is Tanjung Adang. We will visit one area only, and this depends on the tide levels.

Our journey starts from Pak Ngah's jetty located in Pendas, Gelang Patah, Johor Bahru. Because the boat departs following the tide levels, it is essential for visitors to be at the jetty earlier than the scheduled time to depart.


At the jetty, we will give a safety briefing. All visitors must wear a life jacket, the right shoes and please do not stand in the boat.

Before leaving the jetty, we will tell you a bit about the history of Pak Ngah's jetty, the surrounding areas, endangered animals and activities often carried out there.


When we are ready to leave for Beting Tanjung Kupang, visitors will get into a boat as instructed by the boatmen - the boat is just right for about five visitors only. As Youth Ranger guides, we will be very satisfied with the attitude of the visitors when they follow the instructions given. If the visitors and boats depart separately, do not fret as we will meet again at the seagrass meadow.

During a trip to Beting Tanjung Kupang, which takes 15-20 minutes depending on sea conditions, we will talk to you about what we see along the way.


Upon reaching there, visitors will take off their life jackets and get off the boat. Do not worry, the water is very shallow!

Next we will tell you about the seagrass habitat and explain the vegetation (flora) and animals (fauna) there, including thorny sea cucumbers, seahorses, seagrass and if we are lucky we will be able to see the dugong feeding trail (but usually not the dugong, sorry!). We will also tell you about the animals commonly eaten by the villagers. Through the faces of the visitors that have come with us before, we know they are very excited about the uniqueness of the seagrass meadow. Once we get orders from the boatman, we will lead the visitors back to the boat because the water will be rising.

Overall travel and walk time is about two hours (maximum). Upon arrival at the jetty, we will give you feedback forms so that we can improve the experience of the unique ecosystem walk at Beting Tanjung Kupang.

Lawatan ke beting rumput laut
Oleh Sofi dan Arif


Sebagai ahli Kelab Alami, kami berasa gembira kerana berpeluang membawa pelawat-pelawat ke Beting Tanjung Kupang kerana kawasan ini sangat unik dan jarang dijumpai. Ianya merupakan ekosistem beting rumput laut yang mempunyai pelbagai jenis haiwan dan tumbuhan. Terdapat dua beting rumput laut iaitu beting yang terletak di Tanjung Kupang (nama tempatan adalah Beting Tangjung Kupang tetapi dirujuk sebagai Beting Merambong oleh para saintis) dan Beting Tanjung Adang. Kami hanya melawat satu kawasan sahaja dalam satu masa, dan ini bergantung kepada takat air pasang surut.

Perjalanan kami bermula dari Jeti Pak Ngah yang terletak di Pendas, Gelang Patah, Johor Bahru. Bot akan bertolak mengikut keadaan air pasang surut, oleh itu, para pelawat disarankan berada di jeti lebih awal dari masa yang ditetapkan untuk bertolak.

Kami akan memberi taklimat keselamatan di jeti. Semua pelawat mesti memakai jaket keselamatan dan kasut yang bersesuaian, serta dinasihatkan supaya tidak berdiri di dalam bot semasa dalam perjalanan bagi memastikan keselamatan para pelawat.

Kami akan menceritakan serba sedikit tentang sejarah Jeti Pak Ngah, kawasan setempat, haiwan terancam tempatan dan aktiviti yang sering dilakukan di sekitar Jeti Pak Ngah sebelum bertolak dari jeti.
 
Setelah semua persediaan telah siap, para pelawat akan menaiki bot yang telah ditetapkan mengikut arahan pemandu bot - satu bot hanya sesuai untuk  lima orang pelawat sahaja. Sebagai pasukan pembimbing remaja, kami sangat berpuas hati dengan sikap para pelawat sekiranya mengikuti arahan yang diberikan. Sekiranya para pelawat dan pembimbing menaiki bot yang berlainan, jangan resah kerana destinasi yang dituju adalah sama iaitu beting rumput laut.

Kami akan menceritakan apa yang boleh dilihat sepanjang perjalanan dari Jeti Pak Ngah ke Beting Tanjung Kupang yang mengambil masa selama 15-20 minit, berbeza mengikut keadaan laut.

Para pelawat dikehendaki membuka jaket keselamatan apabila sampai di lokasi dan menuruni bot dengan berhati-hati. Jangan risau, air cetek sahaja! 

Overall travel and walk time is about two hours (maximum). Upon arrival at the jetty, we will give you feedback forms so that we can improve the experience of the unique ecosystem at Beting Tanjung Kupang.

Para pelawat dikehendaki berkumpul mengikut pembimbing yang telah ditetapkan dan kami akan mula menerangkan tentang habitat beting tersebut, mengenai tumbuh-tumbuhan (flora) dan haiwan-haiwan (fauna) di sini termasuklah timun laut, kuda laut, rumput laut. Sekiranya tuah menyebelahi kita, kita boleh menjumpai kesan tempat makan dugong (Bukan dugong itu sendiri, maaf!). Kami juga akan menceritakan tentang haiwan yang biasa dimakan oleh orang kampung. Berdasarkan pengalaman kami dengan para pelawat sebelum ini, kami tahu mereka sangat teruja dengan keunikan kawasan beting rumput laut. Apabila kami mendapat arahan dari pemandu bot, kami akan membawa para pelawat kembali ke bot dengan kadar segera kerana air laut akan pasang.

Keseluruhan masa perjalanan dan lawatan adalah kira-kira dua jam (maksimum). Kami akan mengedarkan borang maklum balas kepada para pelawat sekembalinya di jeti, dengan harapan boleh meningkatkan pengalaman dan pengetahuan para pelawat tentang ekosistem unik di Beting Tanjung Kupang.

Powered by
  • Home
  • About KA
    • People
    • Our Goals
    • KA in the Media
  • Community
    • Mandarin Class
    • Gerai Remaja
    • Football Club
    • Moto Ikan
  • Things to Do
    • COOK
    • WALK >
      • Seagrass Meadow
      • Mangrove Forest
      • Merambong Island
      • Book a Walk
    • RESEARCH
  • Download
  • Contact & Location
✕