Nama: Mohd Mamat bin Mahabot (Mamat) Berasal dari: Kampung Tanjung Kupang Pekerjaan: Nelayan Latar belakang Pada usia 18 tahun, Mamat, 34, mengikut bapanya dan bekerja sebagai nelayan. Selain daripada menjadi nelayan, beliau juga amat meminati dalam bidang perniagaan. Rutin harian Waktu beliau pergi menangkap ikan pada waktu 12am dan balik pada 6am. Pada waktu pagi pula beliau membersihkan dan memperbaiki jaring. Jika jaring itu dibiarkan ianya akan rosak dan tidak tahan lama. Cara menangkap ikan Kebanyakkannya ikan yang besar akan ditangkap dengan cara merawai, menjaring dan menjala. Beliau juga berkata jika rajin, banyaklah hasil yang dapat dipungut. Kepercayaan Petua beliau ialah sebelum pergi ke laut badan haruslah bersih dan paling penting mulut harus dijaga. Jangan mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya. [Kak Hon Yuen kepada Sofi & Irfan: contohnya perkataan seperti apa?] Pengalaman Kejadian aneh yang pernah beliau lihat di laut ialah ketika air sangat tenang dan secara tiba-tiba air bergelora seperti munculnya ikan yang besar. Perbezaan dulu dan sekarang Pada pendapat beliau pembangunan sangat baik kepada negara tetapi tidak bagus kepada penduduk kampung. Dengan adanya pembangunan, hasil pendapatan semakin berkurang. Beliau tidak akan pergi kemana-mana kerana beliau sangat menyayangi kampung ini. Terdapat perbezaan sebelum dan selepas pembangunan dibina:
Name: Mohd Mamat bin Mahabot (Mamat)
Originally from: Kampung Tanjung Kupang Occupation: Nelayan Background Mamat, 34, began following his father to sea to fish at 18 yrs old. Besides fishing, he is also very interested in business. Daily routine He goes fishing at midnight and returns at 6am. In the morning he cleans and repairs the nets. If the nets are not taken care of they will be damaged and will not last long. Fishing methods Most large fish are caught using a long-line, gill-nets and cast-nets. Mamat also said if you are hardworking, you can catch a lot. Taboos He believes that before one goes out to sea, the body has to be cleansed, and most importantly one shouldn't utter unsuitable words. Interesting Experience A strange thing that he saw when he was at sea, was that at one time, the water was very calm, but suddenly it became turbulent as if a large fish was going to emerge. But nothing happened. Differences between the past and now In his opinion, development is very good for the country but not good for the villagers. With development, there is less income. There are differences before and after development:
0 Comments
|