Sejarah Ahli Kelab Alami Oleh Mohd Irfan Anda pasti kenal dengan jejaka ini. Tidak asing lagi jika di Kelab Alami. Ini adalah Hakimi bin Bakri atau lebih dikenali Kimi. Kimi memasuki Kelab pada umur 9 tahun dan sudah hampir 9 tahun bersama Kelab Alami. Kimi tidak dapat menamatkan pembelajar tetapi Kimi adalah seorang yang bijak. Walaupun Kimi tidak dapat menamatkan pembelajaran tetapi Kimi sudah menguruskan banyak aktiviti yang bersama budak-budak yang datang Kelab Alami. Kimi punya kekuatan di Kelab Alami adalah menguruskan kem. Segala aktiviti kem yang ada Kimi akan uruskan dan ahli Kelab Alami yang lain akan menunggu arahan dari dia (macam boss besar juga 😂). Kimi juga adalah pemegang lesen (Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Setempat) yang sah dan juga sewabtu didalam kurus mengambil lesen tersebut Kimi dinobatkan sebagai peserta terbaik masa itu. Taniah Kimi walaupun masih muda tetapi sudah menunjukkan prestasi yang cemerlang bukan disekolah tetapi untuk khidmat mengajar orang mengenai Alam Semulajadi. Semoga Hakimi Bakri dapat membantu Kelab Alami lebih kedepan lagi demi masa akan datang. Comments are closed.
|
AuthorPenned by Kelab Alami Staff & Advisors Archives
March 2024
Categories
All
|