Pada hari ini kami ingin berkongsi tentang kajian kuda laut yang kami lakukan. Kuda laut juga digar sebagai ondok-ondok. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan sondong. Sondong merupakan kaedah tradisional yang digunakan untuk mendapatkan kuda laut. Setelah mengisi data yang diperlukan, kuda laut akan dilepaskan kembali.
Dahulu ada sebatang pokok kelapa di Tanjung Kupang di kawasan kapal terbang terhempas. Terdapat sebatang pokok kelapa yang aneh dan menarik perhatian penduduk kampung setempat. Pokok kelapa ini aneh kerana buahnya yang berbentuk pisang. Berita ini tersebar sehingga ramai penduduk kampung yang pergi ke pokok tersebut dan melihat sendiri buahnya yang aneh.
Segmen sejarah ini merupakan kajian yang dijalankan oleh Kelab Alami yang diketuai oleh Hakimi. Pelbagai cerita menarik yang bakal dikongsikan lagi. Hakimi juga masih dalam proses untuk menyiapkan buku tentang sejarah yang ada di Mukim Tg Kupang. Hi semua
Mereka merupakan legasi ketiga Kelab Alami. Sebelum wabak COVID-19 melanda, banyak aktiviti yang kami telah meluangkan masa bersama mereka mengenai alam semulajadi dan cara untuk mereka berani berkomunikasi dengan orang lain. Kami berharap dapat berjumpa dan meluangkan masa bersama-sama untuk belajar perkara yang lebih menarik dan baru. Haikal kini menguruskan Warung Citarasa Kelab Alami di Jeti Pak Ngah, Pendas. Di sini kami menyediakan pelbagai jenis masakan kampung & makanan laut segar dari Pasar Pendekar Laut. Antara masakan yang paling digemari oleh pengunjung adalah Asam Pedas. Warung citarasa juga boleh masak untuk pengunjung yang ingin makan makanan laut selepas mereka beli di Pasar Pendekar Laut seperti Ketam Masak Sambal Telur. Pasar Pendekar Laut ini dibuka secara langsung pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari juga Warung Citarasa dalam masa yang sama.
Video: https://www.facebook.com/kelab.alami/videos/4548683181826852?locale=ms_MY (Video direkod sebelum wabak Covid-19) |
AuthorPenned by Kelab Alami Staff & Advisors Archives
March 2024
Categories
All
|