Sejarah Ahli Kelab Alami Oleh Mohd Irfan Hari ini adalah cerita mengenai seorang wanita berbadan kecil dan berpemikiran luar biasa. Nama si dia adalah Nur Syazwani binti Ali atau digelar Wani. Wani berusia 21 tahun dan beliau sudah bersama Kelab Alami sejak berumur 11 tahun. Wani walaupun berbadan kecil tetapi pemikiran didalam bidang Sains amat tinggi. Kami amat berbangga kerana mempunyai salah seorang ahli yang Pandai di dalam pelajaran. Sekarang Wani sudah melanjutkan pembelajarannya di Universiti Malaysia Terengganu(UMT) dalam bidang Sains Biologi. Setiap kali cuti semester Wani akan bersama ahli Kelab Alami untuk berkongsi ilmu yang diperoleh bersama Kami. Kami amat berterima kasih kepada beliau yang banyak mengajar kami Ahli Kelab Alami. Semoga ilmu yang diperoleh oleh Syazwani dapat membantu Kelab Alami lebih maju kedepan dalam ilmu “sains.” masak lemak sayur keladi, ikan masin makan sekali, kalian mahu siapa lagi? follow Facebook Kelab Alami. Sejarah Ahli Kelab Alami Oleh Mohd Irfan Ini adalah Mohammad Haikal bin Zamani atau digelar sebagai Jawe. Jawe ini sudah bersama Kelab Alami selama 9 tahun. Jawe join Kelab Alami sewaktu usia 12 tahun. Jawe mempunyai bakat melukis. Segala lukisan dari Kelab Alami hampir ke semuanya berasal dari Jawe sendiri. Selain itu, Jawe juga adalah seorang yang pakar dalam membuat penyuntingan poster, bunting dan berdekatan dengan itu. Dia adalah seorang yang kuat ngakal (mengusik) ahli Kelab Alami yang lain. Seperti membahan (mengejek) kepada Ahli yang lain. Jawe juga adalah salah seorang guide Kelab Alami dan mahir dalam membawa pelancong. Terima kasih Mohd Haikal Zamani sudah berkhidmat dengan kami dan juga telah menjadi full time staff Kelab Alami. Sejarah Ahli Kelab Alami Oleh Mohd Irfan Anda pasti kenal dengan jejaka ini. Tidak asing lagi jika di Kelab Alami. Ini adalah Hakimi bin Bakri atau lebih dikenali Kimi. Kimi memasuki Kelab pada umur 9 tahun dan sudah hampir 9 tahun bersama Kelab Alami. Kimi tidak dapat menamatkan pembelajar tetapi Kimi adalah seorang yang bijak. Walaupun Kimi tidak dapat menamatkan pembelajaran tetapi Kimi sudah menguruskan banyak aktiviti yang bersama budak-budak yang datang Kelab Alami. Kimi punya kekuatan di Kelab Alami adalah menguruskan kem. Segala aktiviti kem yang ada Kimi akan uruskan dan ahli Kelab Alami yang lain akan menunggu arahan dari dia (macam boss besar juga 😂). Kimi juga adalah pemegang lesen (Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Setempat) yang sah dan juga sewabtu didalam kurus mengambil lesen tersebut Kimi dinobatkan sebagai peserta terbaik masa itu. Taniah Kimi walaupun masih muda tetapi sudah menunjukkan prestasi yang cemerlang bukan disekolah tetapi untuk khidmat mengajar orang mengenai Alam Semulajadi. Semoga Hakimi Bakri dapat membantu Kelab Alami lebih kedepan lagi demi masa akan datang. |
AuthorPenned by Kelab Alami Staff & Advisors Archives
March 2024
Categories
All
|