Warisan / Heritage

Kelab Alami Nature and Heritage Centre
Kelab Alami Mukim Tanjung Kupang, Johor
  • Home
  • Pasar
    • Heritage
  • Edu-Tourism
  • Tours
    • * Tour Dates
    • * Membership
    • * F.A.Q.
    • * Services
    • * Reviews
  • Env. Education
  • Research
    • > Scientific Advisors
    • > Collaborations
    • > Current Research
    • > Publications >
      • Download
  • Citizen Science Centre

Orang Duduk di Atas Bantal / Cushion Spirits

30/7/2021

0 Comments

 
Mitos Melayu: Orang duduk di atas bantal
Orang Melayu begitu hormat akan sesuatu yang melibatkan anggota kepala seperti tidak boleh melangkah kepala, jangan duduk beralaskan bantal yang digunakan untuk kepala dan jangan mengetuk kepala menggunakan tangan.
Pantang larang jangan duduk di atas bantal kerana nanti akan terkena bisul ini adalah untuk menghormati anggota kepala dan tiada kaitan langsung dengan bisul. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, bisul sering terjadi disebabkan bakteria pada rambut folikel di sekeliling kulit yang pada mulanya muncul sebagai jerawat dan mereka yang berisiko mendapat bisul adalah kerana kurang menjaga kebersihan diri.
=====
Cushion Spirits
The head is a highly respected part of the anatomy in Malay culture. By tradition, you are not to sit on a pillow that is used for the head, nor knock someone on the head with your hand. It is believed that if you sit on someone's headpillow, the person will get boils. Actually, according to the Malaysian Ministry of Health, boils often occur due to bacteria around hair follicles that initially appear as acne and those who are at risk of getting boils is due to lack of personal hygiene.
Art by: Alif Ahim

Picture
0 Comments

Saka

9/7/2021

0 Comments

 
Mitos Mahluk
Saka turut merujuk kepada sejenis mahluk halus kemungkinannya dari golongan jin/syaitan yang dipelihara bagi tujuan memeliharakan diri. Saka ini dikatakan terdapat dalam pelbagai bentuk dan rupa. Saka ini biasanya diwarisi turun-temurun oleh waris walaupun tanpa pengetahuan mereka. Saka ini biasanya perlu dijaga dengan dijamu acak (telur,ayam panggang, pulut kuning sesuai menurut persetujuan tuan asalnya. Jika anda pernah diganggu atau ternampak sila kongsi kan cerita anda di ruang komen
=====
Mythical Creature
Saka refers to a kind of spirit from the group of jinn/devils kept for the purpose of self-preservation. The saka is said to come in various shapes and forms. It is usually passed down through the generations without the knowledge of the hosts who have to care for them. This saka usually needs to be 'fed' with certain types of food (eggs, roasted chicken, yellow glutinous rice depending on its agreement with the original owner). If you have been disturbed or seen a saka, please share your story in the comments.

Illustration: Alif Ahim
Picture
0 Comments

Orang Minyak / The Oil Man

2/7/2021

1 Comment

 
 MAHLUK MITOS
Orang minyak merujuk kepada seseorang yang menuntut ilmu batin bagi tujuan menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa bagi tujuan mencuri/membuat onar. Salah satu cerita mengatakan orang minyak ini telah tersalah menuntut, menyebabkan dia menjadi hitam dan hanya akan pulih selepas memperkosa 40 orang gadis. Mangsa akan menjadi terpukau dan ditanda dengan dipangkah pada mukanya selepas dinodai. Jika anda pernah diganggu atau ternampak sila kongsi kan cerita anda di ruang komen
=====
MYTHICAL CREATURES
The oil man is actually a person who seeks inner knowledge for the purpose of breaking into a victim's house for the purpose of stealing/making trouble. One story says this oil man was wrongly sued, causing him to turn black and will only recover after raping 40 girls. The victim will become mesmerized and marked with a cross on her face after being stained. If you have ever been harassed or seen an oil man please share your story in the comment space

Illustration: Alif Ahim

Picture
1 Comment

Hantu Cina / Chinese Ghost

25/6/2021

0 Comments

 
MAHLUK MITOS
Hantu Cina adalah sejenis mayat dibangkitkan semula dalam lagenda dan cerita rakyat Cina. Ia baring dalam sebuah keranda atau menyorok dalam tempat-tempat gelap seperti gua. Pada waktu malam, ia bergerak dengan melompat, dengan lengan-lengannya lurus ke hadapan. Jika anda pernah diganggu atau ternampak sila kongsi kan cerita anda di ruang komen
=====
MYTHICAL CREATURE
Chinese Ghosts are a kind of resurrected corpse in Chinese legends and folklore. It lies in a coffin or hides in dark places like a cave. At night, he moves by jumping, with his arms straight forward. If you have ever been harassed or seen please share your story in the comment space
Ilustrasion: Alif Ahim

Picture
0 Comments

Pocong

18/6/2021

0 Comments

 
MAHLUK MITOS
Hantu pocong atau juga dikenali sebagai hantu bungkus merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.

Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu Cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka. Jika anda pernah diganggu atau ternampak sila kongsi kan cerita anda di ruang komen
=====
MYTHICAL CREATURE
Pocong ghosts or or wrapped ghosts refer to a kind of creature shaped like a corpse wrapped in a shroud.

Wrapped ghosts are often said to tease the faint hearted, and will move by hopping around like Chinese ghosts, or rolling on the ground. It is said to be able to move as fast as a car, moving in line with the car driven by the victim of their harassment. If you have ever been harassed or seen a pocong please share your story in the comments

illustration: Alif Ahim

Picture
0 Comments

Pelesit 'Ghost'

11/6/2021

0 Comments

 
Mahluk Mitos
Hantu pelesit dikatakan suka menggunakan belalang sebagai medium penyamarannya. Pelesit ini kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka. Penggunaan belalang adalah kerana ia binatang yang tidak ditakuti orang dan membuat mangsa tidak mengambil langkah berjaga-jaga bagi tujuan menghantar racun kepada mangsa.
=====
Mythical Creature
Pelesit is not actually the usual kind of ghost, but more like an evil spirit in the form of a grasshopper. Actually a katydid insect, it is known as PELESIT and is believed to have been charmed to attack and suck its victim's blood. The katydid is the imposter of choice because victims would not think of it as evil... but those in the know are wary!

Picture
0 Comments

Hantu Air / Water Ghost

11/6/2021

0 Comments

 
Hai! Kembali lagi ke kisah makhluk mitos. Hari ini mengisahkan tentang Hantu air. Hantu air (juga termasuk Hantu laut) merupakan sejenis makhluk halus digelar mambang atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk ini dianggap agak keras dan mampu membahayakan mereka yang bertembung dengannya.

Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung seperti batang kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh dengannya. Selain itu, ia dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang berada di pinggir air. Dipercayai bahawa hantu air berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang dibuang,dihanyutkan melalui sungai.

Air laut yang berkilauan dikatakan menunjukkan kehadirannya. Jika anda tahu kisah makhluk ini ataupun pernah bertembung dengan mereka,sila ceritakan diruanh komen.

=====

Hello! Welcome back again to our story about spirits and myths. Today's story is about Water Ghosts (Hantu Air). This type of ghost (“Mambang” and “Jin”) is believed to live in our oceans and seas. Many believe that misfortune will befall upon you if you meet one thsese spirits.

Normally, they appear in the form if driftwood, but can make paralyze you if you touch it. Some believe that you can be disturbed by it even if you are on the beach. It is said that these were once bred spirits for evil, that were exorcised and thrown into a river or at sea.

If the water sparkles, it means the spirit may be coming for you! If you've heard of similar tales, do share your story in the comments.

Illustration: Alif Ahim

Picture
0 Comments

Permainan JONG / JONG Game

7/6/2021

0 Comments

 
Mempunyai satu permainan yang diminati oleh masyarakat kampung sehinggakan membuat pertandingan dikalangan penduduk setempat. Permainan itu adalah JONG. Permainan ini amat digilai oleh penduduk tempatan pada masa itu dan kini sudah menjadi cerita bualan sahaja. Sememangnya sayang kehilangan budaya tradisi permainan lama ini. Kerana permainan ini perlu dimainkan dengan kemahiran yang tinggi dengan cara bagaimana untuk membaca pergerakan angin pada masa itu.
Picture
Picture
Picture
0 Comments

Penanggal

4/6/2021

0 Comments

 
Hai! Selamat malam semua, ini adalah gambaran ilustrasi salah satu makhluk mistis (hantu) yang kami ingin ceritakan, iaitu penanggal. Penanggal ini dikatakan adalah sebuah makhluk yang bertuan ataupun dibela oleh seseorang wanita dengan bertujuan untuk melindungi diri ataupun memudarat musuh,penanggal ini selalu mencari mangsa wanita yang sedang melahirkan anak kerana penanggal suka menghisap darah wanita yang baru melahirkan anak. Penanggal ini agak takut dengan pohon yang berduri dan tajam kerana ia tidak mahu isi perutnya tersangkut di pohon yang berduri itu. Jika anda semua tahu tentang mahluk mistis ini silalah komen di bawah jika ada apa-apa tambahan cerita tentang mahluk mistis ini

Illustration: Alif Ahim

Picture
0 Comments

Mahluk Mitos / Mythical Creatures

4/6/2021

0 Comments

 
Hai! Ini adalah lukisan mengenai benda mistik (hantu). Lukisan ini bertujuan untuk menceritakan asal usul mahluk mistik. Anda ingin mengetahui ceritanya? Nantikan di page kami yang selanjutnya.

Illustration by: Alif Ahim

Picture
0 Comments
<<Previous

    Author

    Kelab Alami Nature and Heritage Centre

    Archives

    July 2021
    June 2021
    May 2021

    Categories

    All
    Cerita Kg / Village Tale
    Mahluk Mitos / Mythical Creature
    Mitos Melayu / Malay Myths
    Permainan / Games

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • Home
  • Pasar
    • Heritage
  • Edu-Tourism
  • Tours
    • * Tour Dates
    • * Membership
    • * F.A.Q.
    • * Services
    • * Reviews
  • Env. Education
  • Research
    • > Scientific Advisors
    • > Collaborations
    • > Current Research
    • > Publications >
      • Download
  • Citizen Science Centre