Kelab Alami Mukim Tanjung Kupang, Johor
  • Home
  • Pasar
    • Heritage
  • Edu-Tourism
  • Tours
    • * Tour Dates
    • * Membership
    • * F.A.Q.
    • * Services
    • * Reviews
  • Env. Education
  • Research
    • > Scientific Advisors
    • > Collaborations
    • > Current Research
    • > Publications >
      • Download
  • Citizen Science Centre
From a factory that has been abandoned for 20 years, watch how the site is refurbished and transformed into
​our Kelab Alami Nature and Heritage Centre!
Return to KANHC Home

3.6.21

Hari ini kami ingin mengongsikan pemandangan sekeliling di kawasan Kelab Alami Nature And Heritage Centre (Kelab Alami baru). Pemandangan sekeliling yang amat tenang dan menarik yang dipenuhi dengan pokok - pokok hutan. 

​Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada IRDA, LPJ dan PTP kerana telah banyak membantu kami untuk menjayakan Kelab Alami Nature & Heritage Centre ini. Tidak lupa juga kepada yang berkaitan membantu kami seperti sumbangan tenaga dan idea untuk menjayakan Kelab Alami Nature & Heritage Centre ini. 
.

26.5.21

Hari ini kami ingin berkongsi mengenai perkembangan terkini Kelab Alami Nature & Heritage Centre. Pada minggu ini kami menjalankan aktiviti penyediaan pusat pameran seperti pembuatan replika, penyediaan barangan terpakai dari nelayan dan plan pusat pameran. Pusat pameran ini dijangkakan akan dibuka pada orang ramai sebaik sahaja pkp selesai. Kami berbesar hati ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk kampung yang menyumbangkan sejumlah dana iaitu sekitar RM1,000 dan barangan terpakai untuk kami melaksanakan pusat pameran ini. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada pihak IRDA, LPJ dan PTP yang telah membantu memberi sumbangan untuk menjayakan Kelab Alami Nature & Heritage Centre ini. Tidak lupa juga kepada pihak KPRJ yang telah menyumbangkan pelbagai jenis perabot yang kami gunakan di kawasan pusat pameran. Kami amat menghargai sokongan dan bantuan kepada meraka yang terlibat untuk menjayakan Kelab Alami Nature & Heritage centre. 

Kami berbesar hati kepada penduduk kampung yang ingin menyumbang barang-barang terpakai dan gambar lama seperti :
- Artifek lama
- Gambar - gambar lama untuk buku yang kami akan terbitkan tidak lama lagi.

Jutaan terima kasih daripada kami Kelab Alami Mukim Tg Kupang.

.

10.4.21

Pelancaran Rasmi Akademi Alami oleh YB Dato' Haji Abdul Rahim bin Ramli
Alami Academy Official Launch by YB Dato' Haji Abdul Rahim bin Ramli

19.3.21

Pada hari ini, kami sangat terharu dengan rombongan daripada Marlborough College Malaysia (EduCity), yang hantar 18 pelajar dan 3 guru untuk tolong kami di site. Mereka memang sukarelawan yang bersemangat, laju dan sesangat kuat! Sebelum kami sempat ulaskan tugas, perabot yang telah ditanda sudah mula berangkat ke bilik dan ruang yang tertentu. Ada juga yang tolong menanam pokok (yang didermakan oleh PKRJ juga!). Memang laju la diaorg kerja. Ini hanya program pertama – minggu depan mereka akan dating lagi. Cerita ini akan bersambung…

Today we are truly grateful for the visit by Marlborough College Malaysia (located in EduCity). We welcomed 18 students and 3 teachers who volunteered to haul furniture and plant the landscaping that we’d collected (also from PKRJ!). They worked faster than we could issue instructions, and like lightning the furniture was sent to their proper rooms and the plants were happily buried in soil. Amazing. Many thanks to Rob for arranging this! It’s just the beginning though – we’ll see them again next week. More adventures to come!

16.3.21

Dua hari selepas kami kerja berat di PKRJ, kami ambik stok barang yang telah dihantar ke KANHC. Memang banyak la. Derma barang2 dan tenaga yang memang kami tidak dapat berkira atau kembalikan. Kami sesangat bersyukur dan terharu dgn bebesar hati pelbagai malaikat yang tolong kami capai impian bergini. Terima kasih semua…
Two days after the hard slog at PKRJ, we did a stock-take of everything that was taken to KANHC. Only then did it sink in. What a lot of stuff. This donation, and the sheer energy put in by everyone to bring it back to site is immeasurable. We will never be able to repay your generosity. We are so grateful for everyone’s kindness and for these angels who are making our dream come true. Thank you everyone!

14.3.21

Jutaan terima kasih kepada Prasana Rakyat Johor (KPRJ) yang sudi dana pelbagai perabot daripada ofis lama mereka untuk KANHC, terutama Dato’ Mohd Noorazam & En. Mohamad Nor yang uruskan semua. Memang macam bermimpi kami, apabila dapat tahu ada peluang bergini. Kami sesangat terharu juga dengan usaha Mr Low dan kawan2nya yang sudi tolong memuka perabot tersebut (termasuk pendingin hawa!), angkat dan hantar semua sekali ke site (pusing 3 kali!). Semua tidak boleh selesai tanpa semangat kawan2 rempit Kelab & nelayan yang tunggu di site sampai malam.

A million thank you’s to KPRJ, especially to Dato’ Mohd Noorazam, En. Mohamad Nor & KA Advisor Li Ann (who arranged everything for us!). It’s like an incredible dream! None of this would have been possible without the unparalleled help of Mr Low and his team. They helped to dismantle, haul and send everything to site (including a/c! – 3 round trips!) over a single day. And of course, we cannot forget the tireless energy of our rempit friends and fishermen who helped load & unload everything till nightfall. We have been truly blessed…

12.3.21

Jutaan terima kasih kepada Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) - terutama kepada Dato' Hj Mohd Noorazam dan En. Mohd Nur atas dana perabot pejabat lama yang akan diubahsuai dan pokok-pokok landscaping yang juga akan ditanam semula. Kami berterima kasih di atas sikap bermurah hati anda.
A million thanks to Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) - especially to Dato' Hj Mohd Noorazam and En. Mohd Nur for your generous donation of used furniture and landscaping. Your kindness is truly appreciated, you've made such a huge difference to our KANHC building and grounds!!

10.3.21

Contractor kami, Mr Low, memang besar hati. Beliau sesangat risau tentang keselamatan barang & budak2 kami di KANHC. Apabila dia dapat tahu yang kami tidak cukup bajet untuk pasang pagar dan gate baru, dia terus pasang sahaja pagar yang dia ada. Lepas tu, dia dermakan cat - dan terus suruh pekerja dia cat tembok sekali. Beliau kata - itu semua barang recycle, yang penting keselamatan. Kami memang besyukur dengan kebaikkan Mr Low selama projek ni. Terima kasih Uncle! Jasa baik anda tidak akan dilupai... 
Mr Low, our contractor is a truly amazing man. He's been pretty worried about our security and safety. But because he realised we didn't have the budget to pay for fencing or another gate, he decided to just give them to us. He said they are all recycled from other projects he's had, and he wants to be more comfortable with the fact that we are a little safer. He then also donated paint and had his men paint the outer walls! We are so blessed - thank you millions, Mr Low - we will never ever forget your incredible kindness!!!

8.3.21

Gambar2 ni ditangkap masa nak senja - jadi ada macam 'mood lighting' sikit - tapi kami sesangat bangga sebab dalam kawasan pameran kami sudah nampak bersih. Kawasan bawah tangga pun sudah jadi stor. Di tingkat 1, tingkap di pejabat kami pun sudah dipasang. Di luar pulak, sebelum kami boleh kelip mata, tempat mandi2 dan sinki lab pun dah siap. Projek ni memang jalan dengan lancar!
Some of these photos were taken to add a bit of 'mood lighting' to the scene, but really, we are so proud of how clean and shiny our exhibition area looks now. We even have a new storeroom under the stairs. Upstairs, our future office has the windows all done and it looks bright and cheery in the day. Outside, in the blink of an eye, the sink for our lab and outdoor showers are ready. We have so many plans - these tools to make them reality are ready!!! 

25.2.21

Hari ni kami tangkap gambar tandas - sebab semua sudah hampir siap! Tandas ni memang penting sebab sebelum ni, selama 12 tahun yg kami ada programme, kami guna rumah kg yg hanya ada SATU tandas. Memang susah untuk pelancong yang datang. Jadi sekarang, kami ada juga 'obsessed' dgn tandas - kami nak tentukan tetamu kami ada cukup tandas, harap2 kami semua boleh kerjasama untuk jaga kebersihannya pulak! Selain daripada tu - bab electrical dan wiring pun jalan dgn lancar - thank you Mr Chin!!
Our toilets are almost ready! It's a very exciting development as we've always had a severe lack of toilets. For all the 12 years that we've been running, we rented a kampung house with only 1 toilet. It was tough on our guests (and ourselves!). So now we're a little obsessed with ensuring that we have enough facilities for everyone. Toilets are very very important rooms! And they are almost ready yay! Now we hope we can all work together to keep them clean... Also running along smoothly are the wiring and electrical fixtures. Thank you Mr Chin!!

18.2.21

Hari ini ada banyak perubahan yg mengejutkan. Kami sebenarnya tidak cukup dana untuk buat pagar besi ni, walaupun bab keselamatan sangat penting. Tetiba Mr Low (contractor HEBAT kami) suruh pekerja dia pasangkan sahaja - dia dermakan pagar!!! Kami sesangat terharu atas bebesar hati Mr Low... mcm tak pecaya. Tapi tengok gambar2 ni... memang ada! Ada juga perubahan di tandas dan sinki sebelah lab. Memang jalan dengan lancar semuanya...
Today we got a huge surprise at KANHC site - we have fencing! Actually we don't have enough budget for this. But our super-amazing contractor Mr Low asked his staff to fix them anyway. He donated them to us!!! It's totally unbelievable - but it's there! Fencing! He's been really worried about our security. And there is huge progress with the toilets, prayer room and the sink outside the lab. What an amazing sink! So excited... progress!!!

11.2.21

Hari ni kerja semua fokus kpd longkang. Sebab inilah penting. Samada untuk perjalanan air dari tandas dan sebab kami tidak mahu mana2 bertakung air dan membiak nyamuk denggi. JCB pun sudah masuk untuk gali tanah - septic tank sudah masuk, dan longkang yang penting sudah dibersihkan. Ada juga longkang yang kami akan guna sebagai pasu pokok... akan datang! DAN... Mr Low pasang gate kedua! Dia bagi sahaja! Memang baik la kontraktor kami - siap mintak JCB tarik batu2 besar tu jadi org takboleh suka2 masuk kawasan. Yay!!
Today the focus is on drainage. This is important as we need to make sure there is no problem with water from the toilets - and sewage! The septic tank was put in too. So the JCB came in to do the digging and clear existing drains as we also don't want water to collect to breed dengue mosquitoes! Some of our drains will be transformed into instant flower pots though - look out for it soon! AND Mr Low put in a second gate! Totally free! And asked the JCB to block the rest of the gate. Such a fantastic contractor - we are so blessed...

6.2.21

Pintu! Pelbagai jenis pintu! Pintu kaca ada, grill ada, zink ada... pintu dalam, pintu luar. Banyak sudah dipasang. Memang cantik la tempat kami ni. (maaf ye kalau terlalu bangga pulak! tapi kami pun tak sangka perubahan yang sudah berlaku disini. macam masih mimpi...) Selain daripada tu - kami ada juga ramp untuk sesiapa yang guna kerusi roda. Harap2 selesa untuk semua... 
Doors! So many types of doors... glass doors, grills, zinc pull down doors, doors inside the building - it's really made a huge difference to the look and feel of the place. We really are still stunned at the transformation and how our faraway dream is actually really becoming reality. Thanks to all the amazingly generous souls working on it. We've also got a ramp for those in wheelchairs! We hope the site will be comfortable for all... 

21.1.21

Mata2 bangunan sudah dipasang! Hari ni tingakap semua masuk. Nampak kemas dan cantik juga. Dan di bumbung kami sudah mintak tukar satu keping zink ke 'skylight' jadi ada cahaya di tangga ke tingkat atas. Kalau tidak agak gelap dan sempit juga (ngeri heh)... Pekerja Mr Low pun sudah mula cat tembok bangunan di belakang - dan yang nampak paling mewah adalah bumbung depan. Memang hebat la, cara dia bergantung gitu. Tercengang kami semua tengok... 
The eyes of the bluidng have come in... windows are up! The building suddenly looks neat and finished (though it's got a long way to go). And we now have a skylight on our roof! So the stairwell to the first floor is less dark (and creepy!). That ray of light makes a huge difference. Mr Low's staff have also started painting the back of the building. But the most amazing development is the awning - it just hangs! Such amazing engineering - jaw drop. We are stunned. 

7.1.21

Pada hari ini, team Kawan Iskandar Malaysia (KIM) dari IRDA melawat site KANHC untuk perhatikan perjalanan projek. Rasanya semua okay - Kimi (project development coordinator) terangkan ttg semua perkembangan yang sudah berlaku. IRDA KIM adalah penaja dana untuk pengubahsuaian KANHC. Jutaan terima kasih kpd IRDA!!!! Impian kami tidak dapat dicapai tanpa anda... 
Today the IRDA Kawan Iskandar Malaysia (KIM) team paid a visit to the KANHC site for a progress inspection. As the donors of the RM199,000 grant that allowed us to refurbish the site, they'd come to check on how the building-works were going. Kimi updated them on developments and showed them around. A million thank you's for your generosity. Our dream would not be possible without you...
See Progress Updates 2020
Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • Home
  • Pasar
    • Heritage
  • Edu-Tourism
  • Tours
    • * Tour Dates
    • * Membership
    • * F.A.Q.
    • * Services
    • * Reviews
  • Env. Education
  • Research
    • > Scientific Advisors
    • > Collaborations
    • > Current Research
    • > Publications >
      • Download
  • Citizen Science Centre